Sandara Park Jawab Isu Berpacaran Dengan G-Dragon

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 5:30 AM

Sandara Park.

(Ubah saiz teks)

SANDARA Park akhirnya membuka mulut bagi menjawab mengenai khabar angin kononnya dia menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi G-Dragon.

Penyanyi itu bercakap mengenai isu berkenaan ketika rakaman episod baharu terbitan JTBC iaituTalking Street.

Semasa rakaman episod berkenaan, MC Haha berkata; "Baru-baru ini terdapat khabar angin bahawa anda berdating dengan G-Dragon. Tahniah."

Sejurus selepas itu Sandara akhirnya menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik khabar angin berkenaan.

"Selepas konsert Big Bang, saya turut menghadiri majlis selepas itu tetapi keadaan di sana begitu sesak, jadi kami keluar daripada majlis itu.

"Saya tidak tahu bagaimana artikel berkenaan (isu berdating) boleh tersebar," katanya seperti yang dilaporkan Soompi.

Sandara kemudiannya menjelaskan; "Saya tidak berdating dengan individu dalam syarikat yang sama."

Pada episod berkenaan Sandara akan muncul bersama Seo Jang Hoon dan penulis Im Kyung Jin.

Tags / Kata Kunci: Sandara Park , G-Dragon , Big Bang

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan