Produksi Tarik Balik Pembatalan Program 'Running Man'

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 5:30 AM

Pembatalan program Running Man ditarik balik oleh stesen SBS.

(Ubah saiz teks)

BERITA baik buat peminat Running Man apabila pihak SBS mengesahkan pembatalan program popular itu ditarik balik.

Stesen penyiaran itu dalam satu kenyataan memberitahu musim terbaharu akan disambung semula dengan menampilkan beberapa wajah baharu bagi menggantikan tiga selebriti yang meninggalkan siri itu sebelum ini.

"Berhubung luahan peminat yang bukan sahaja dari Korea tetapi seluruh dunia yang sedih dengan penamatan program ini, SBS dan enam ahli Running Man bersetuju untuk meneruskan siri ini.

"Ya, Running Man akan diteruskan dan akan ada ahli baru menyertai program ini nanti," kata kenyataan itu seperti dilaporkan Koreaboo.

Running Man
sebelum ini mencetuskan beberapa kontroversi apabila pihak produksi dilaporkan menyingkirkan Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo pada Disember lalu.

Tindakan itu telah mencetuskan kemarahan peminat setia program itu sebelum pihak produksi mengumumkan program berkenaan dibatalkan.

Sementara itu, Ketua Ibu Pejabat SBS yang juga pencetus Running Man pada 2010 iaitu Nam Seung Yong memberitahu telah berjumpa dengan semua yang terlibat untuk membincangkan isu yang timbul berkaitan rancangan popular itu.

Seung Yong juga turut meminta maaf atas kontroversi yang berlaku dan berjaya memujuk enam ahli yang terlibat untuk kekal pada musim baharu.

"Saya dengan rendah hati berterima kasih dengan ahli yang membuat keputusan sukar untuk terus kekal bersama Running Man.

"Dedikasi mereka dalam menghargai sokongan peminat sejak tujuh tahun lalu amat mengagumkan dan kami akan memastikan musim baharu lebih segar dan menyeronokkan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Running Man

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan