Lay EXO Muncul Dengan Wajah Lesu

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 5:31 AM

Gambar Lay yang dirakamkan ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS pengsan di Lapangan Terbang Incheon pada Oktober tahun lalu, penyanyi Lay dari kumpulan EXO kini dilihat muncul di hadapan orang ramai dalam keadaan keletihan.

Pada 20 Disember lalu, Lay berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dalam perjalanan ke Shanghai bagi menghadiri sebuah majlis.


Keadaan Lay mencetuskan kebimbangan di kalangan peminat.

Menerusi laporan koreaboo.com, peminat penyanyi itu yang bersedia untuk menyambut idola kegemaran mereka bimbang selepas melihat wajah Lay kelihatan jelas lesu dan kurang bersemangat.

Menerusi beberapa gambar yang disiarkan, Lay dilihat baring atas sofa di balai berlepas sementara menunggu penerbangannya.

Ramai peminat Lay beliau bimbang mengenai tahap kesihatannya kerana faham bahawa selebriti itu mempunyai jadual yang padat sehingga sambutan Tahun Baru Cina.
Tags / Kata Kunci: Lay EXO , EXO

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan