Rain Kongsi Gambar Kahwin Untuk Tatapan Peminat

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 5:31 AM

Rain dan Kim Tae Hee berkahwin pada 19 Januari.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Rain yang berkahwin secara mengejut pada Khamis lalu memuat naik gambar perkahwinannya bersama aktres Kim Tae Hee di laman sosial untuk tatapan peminat.

Koreaboo melaporkan Tae Hee turut memuat naik sepucuk surat dengan tulisan tangan di laman sosial miliknya bagi mengucapkan terima kasih kepada semua peminat kerana mendoakan kebahagian mereka berdua.

"Terima atas atas semua ucapan tahniah dan sokongan terhadap kami walaupun berita (perkahwinan) ini mengejutkan.

Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan secara tertutup.

"Hari ini menandakan permulaan perjalanan untuk kami berdua dan kami ingin melangkah dengan restu daripada semua peminat yang sentiasa mendoakan kami," tulis Tae Hee.

Pasangan itu berkahwin di Gereja Gaoe Catholic yang turut dihadiri oleh selebriti terkenal seperti JYP, Psy dan Honey Lee.

Gambar yang dimuat naik penyanyi itu memberi peluang kepada peminat melihat majlis bersejarah itu selepas kawasan gereja tersebut dikawal ketat oleh pengawal.

Petugas media dan peminat tidak dibenarkan memasuki premis berkenaan kerana pasangan itu mahukan sebuah majlis tertutup.

Tags / Kata Kunci: Rain , Kim Tae Hee

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan