Kai (EXO) Jadi Bintang Kpop Kerana Permintaan Bapa

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 12:30 AM

Kai (EXO) mendedahkan dia tidak pernah berhasrat untuk bergelar bintang Kpop.

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan EXO iaitu Kai mendedahkan dalam satu temubual baru-baru ini dia tidak pernah berhasrat untuk bergelar seorang bintang Kpop.

Sebaliknya kata Kai, dia menghadiri uji bakat bersama SM Entertainment untuk bergelar artis kerana memenuhi permintaan bapanya.

"Jujurnya saya tidak berminat untuk menjadi seorang bintang Kpop tetapi kerana permintaan bapa saya hadiri uji bakat bersama SM Enertainment dan tidak menyangka saya terpilih.

"Sebenarnya pada hari saya pergi uji bakat, saya juga ada ujian untuk menyertai sebuah sekolah seni yang mempunyai pengkhususan dalam tarian balet.

"Tetapi saya pilih untuk pergi uji bakat sebagai bintang Kpop kerana ingin menunaikan impian bapa saya," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Dalam pada itu, Kai berkata, tahun 2017 bakal memperlihatkan dia akan memberi fokus kepada karier solo termasuk berlakon drama dan filem.

Bagaimanapun katanya, itu tidak bererti mereka akan bawa haluan masing-masing sebaliknya akan kembali dengan album terbaharu bersama EXO.

"Tahun 2016 kami sibuk dengan aktiviti promosi album dan single seperti Monster, Lotto dan For Life.

"Buat masa ini kami akan fokus kepada projek solo kerana ingin mencuba peluang berbeza," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kai , EXO

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan