Penyanyi Rusia Nafi Plagiat Lagu Taeyang (Big Bang)

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Rusia iaitu Albina Dzhanabaeva menafikan tuduhan kononnya dia menciplak lagu penyanyi Kpop Taeyang (Big Bang) berjudul Eyes Nose Lips menerusi lagu I Love You.

Menerusi sebuah temubual, penyanyi tersebut menegaskan perkara tersebut akan diputuskan sendiri oleh pihak pengadilan selepas ia dibawa ke mahkamah.

"Saya terkejut apabila membaca komen-komen netizen yang marah dan menuduh saya plagiat lagu berkenaan.

"Perkara ini akan ditentukan oleh pihak mahkamah, jika benar ada persamaan, pihak mereka boleh membuat tuntutan.

"Bagi saya lagu berkenaan tidak langsung kedengaran sama, malah, saya sendiri baru mengetahui tentang artis tersebut (Taeyang)," ujarnya.

Lagu I Love You yang dituduh plagiat itu dilancarkan pada 28 Disember lalu di laman YouTube.

Peminat Taeyang turut mengecam tindakan penyanyi Rusia berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab apabila melodi lagu itu sama seperti lagu nyanyiannya Eyes Nose Lips.

Selain itu, video muzik I Love You sudah tidak dapat ditonton berikutan YG Entertainment selaku pengurusan Taeyang memadamkannya atas isu penyalahgunaan hak cipta.

Tags / Kata Kunci: Taeyang Big Bang

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan