Heechul (Super Junior) Dedah Tak Mudah Jadi Bintang Kpop - K Pop | mStar

Heechul (Super Junior) Dedah Tak Mudah Jadi Bintang Kpop

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 12:30 AM

Heechul mengakui bukan mudah untuk bergelar sebagai seorang bintang Kpop yang berjaya.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Heechul mengakui tidak mudah untuk menjadi seorang bintang Kpop kerana banyak pengorbanan perlu dilakukan sebelum boleh mencapai kejayaan.

Heechul berkata, pada awal kemunculannya dahulu dia pernah tidur selama 30 minit sahaja sehari kerana jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti seni.

"Apa yang anda lihat adalah luaran tetapi sebenarnya orang tidak tahu pengorbanan yang perlu saya lakukan demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi.

"Semua perkara perlu dilakukan dalam masa singkat termasuk persembahan, kemunculan di radio dan televisyen, temuramah dan sebagainya.

"Kadang-kadang sampai lewat pagi baru boleh pulang ke rumah dan itu pun sempat tidur selama 30 minit sahaja kerana perlu bangun awal untuk aktiviti seterusnya," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Bagaimanapun kata Heechul, dia tidak pernah menyalahkan sesiapa kerana itu adalah pilihannya selain menyedari bukan mudah untuk berjaya.

"Walaupun jadual sentiasa padat tetapi kata-kata semangat daripada peminat membuatkan saya sentiasa bersemangat," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Heechul , Super Junior
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan