Video Kim Sae Rom Belasah Suami Tersebar

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 12:30 AM

Rumah tangga Kim Rae Som dan Lee Chan Oh kini dilanda kontroversi.

(Ubah saiz teks)

NAMA aktres Kim Sae Rom tiba-tiba bertukar panas apabila sebuah rakaman video yang menyaksikan dia membelasah suaminya, Lee Chan Oh tersebar di media sosial.

Koreaboo melaporkan kejadian itu dikatakan sebagai punca pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka baru-baru ini.

Video berkenaan memperlihatkan Sae Rom dalam keadaan mabuk dan bertindak memukul suaminya walaupun lelaki berkenaan merayu agar tidak diperlakukan seperti itu.

Ketika kejadian, Chan Oh masih sempat merakamkan kejadian tersebut namun video berkenaan didedahkan oleh pihak lain.

Sumber terdekat pasangan itu pula memberitahu ia bukan kali pertama Sae Rom membelasah suaminya dan ia kerap kali berlaku.

Pasangan ini berkahwin pada Ogos tahun lalu.

Terdahulu, Chan Oh yang juga seorang chef selebriti didakwa bersikap curang selepas foto memperlihatkan seorang wanita duduk di atas ribanya tersebar.

Ekoran itu, Sae Rom bertindak memfailkan cerai terhadap suaminya itu kerana tidak dapat menerima sikap curang lelaki tersebut.

Bagaimanapun tarikh yang tertera pada video dia membelasah Chan Oh sebelum dakwaan curang tersebar telah membuatkan kontroversi rumah tangga pasangan itu menjadi lebih parah.

Syarikat pengurusan Sae Rom pula dalam satu kenyataan memberitahu akan menyiasat mengenai penyebaran video berkenaan dan meminta pasangan itu diberi ruang privasi bagi mengharungi masa sukar dalam rumah tangga mereka.

Tags / Kata Kunci: Kim Sae Rom , Lee Chan Oh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan