Wooshin (UP10TION) Didakwa Raba Payudara Somi (I.O.I)

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 12:36 AM

Wooshin (kanan) didakwa meraba payudara Somi ketika penggambaran sebuah video ucapan bersempena Hari Krismas baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan UP10TION iaitu Wooshin dituduh sengaja meraba bahagian payudara Somi (I.O.I) ketika muncul dalam sebuah video ucapan bersempena Hari Krismas menerusi program SBS MTV The Show baru-baru ini.

Koreaboo melaporkan Wooshin sengaja meletakkan tangannya pada bahagian dada penyanyi itu sehingga ia menimbulkan kemarahan peminat Somi di laman sosial.

Pihak pengurusan Wooshin dalam satu kenyataan segera menjelaskan artis mereka tidak pernah berniat untuk mengambil kesempatan terhadap Somi dan menganggap kejadian itu sebagai tidak pernah berlaku.

"Ketika penggambaran wakil syarikat kami ada di lokasi dan sebenarnya tidak ada sebarang sentuhan di antara Wooshin dan Somi," kata wakil syarikat TOP Media yang mewakili Wooshin.

Sementara itu, agensi YMC Entertainment pula dalam satu kenyataan turut menjelaskan Somi terkejut dengan dakwaan berkenaan kerana kejadian itu tidak pernah berlaku.

Dalam perkembangan sama, pihak SBS turut memuat naik video berkenaan di laman web rasmi mereka bagi menunjukkan tiada sebarang sentuhan yang berlaku di antara dua penyanyi itu.

Tags / Kata Kunci: Wooshin , Somi , I.O.I , UP10TION

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan