Peminat Terkejut Jo Kwon Bertukar Menjadi Wanita

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2016 12:30 AM

Jo Kwon memuat naik gambarnya yang berubah menjadi wanita di Instagram dan mengejutkan peminatnya.

(Ubah saiz teks)

PEMINAT terkejut apabila penyanyi dan pelakon Jo Kwon memuat naik gambar di Instagram miliknya yang memperlihatkan dia berubah menjadi wanita.

Koreaboo melaporkan Jo Kwon menerima pelbagai reaksi berhubung perubahannya itu malah ada yang tidak mempercayai itu adalah dirinya kerana kelihatan seperti wanita tulen.

Peminat memuji kecantikannya namun dia tetap menerima kritikan sehingga ada mempersoalkan tindakannya mengenakan pakaian wanita dan bersolek.

Jo Kwon mengejutkan peminat apabila tampil dengan pakaian wanita.

"Artis wanita patut berasa bimbang dengan Jo Kwon kerana dia kelihatan sangat cantik dengan seperti perempuan sebenar," tulis salah seorang peminatnya.

Bagaimanapun Jo Kwon menjelaskan penampilannya itu adalah semata-mata untuk persembahan menerusi program hiburan Golden Tambourine.

Menerusi rancangan itu, Jo Kwon meniru gaya kumpulan SISTAR dan menyanyikan lagu Touch My Body.

Tags / Kata Kunci: Jo Kwon

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan