Foto Tak Senonoh Ahli Big Bang Nyaris Tersebar Gara-Gara T.O.P.

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 5:00 AM

Big Bang nyaris ditimpa masalah gara-gara telefon milik T.O.P. hilang dalam kapal terbang dinaiki mereka.

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN terkenal Big Bang nyaris ditimpa masalah besar apabila telefon salah seorang anggotanya, T.O.P hampir tercicir dalam kapal terbang baru-baru ini.

T.O.P. memberitahu sekiranya telefon berkenaan hilang berkemungkinan gambar-gambar kelakuan tidak senonoh mereka akan tersebar dan mereka perlu menanggung malu.

"Saya suka mengusik kawan-kawan saya dalam Big Bang dan dalam telefon saya ada gambar tidak senonoh mereka.

"Baru-baru ini saya hampir-hampir kehilangan telefon dan ketika itu saya bimbang jika ada pihak tidak bertanggungjawab yang menemuinya akan mendedahkan gambar-gambar tidak senonoh kami.

"Tambahan pula telefon saya tidak mempunyai kata laluan. Nasib baik pengurus kami jumpa telefon saya yang terselit di celah tempat duduk," katanya ketika diwawancara menerusi program MBC Radio Star seperti dilaporkan Koreaboo.

Pada program itu kesemua anggota Big Bang mendedahkan kisah yang tidak diketahui peminat tentang diri mereka.

Dalam pada itu, salah seorang anggota Big Bang iaitu Kim Gura pula mendedahkan T.O.P ada menyimpan gambar Seungri ketika sedang mandi dan paling bimbang jika foto itu tersebar ketika telefonnya hilang.

"T.O.P. memang kelihatan takut apabila menyedari telefonnya hilang kerana dalam banyak-banyak gambar, foto Seungri paling lucah dan melucukan yang diambil ketika dia sedang mandi," katanya.

Bagaimanapun kata T.O.P., selepas kejadian itu dia mula mengaktifkan kata laluan pada telefonnya.
Tags / Kata Kunci: Big Bang , T.O.P. , Seungri

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan