Kim Yoo Jung Diselar Netizen Kerana Biadab

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 12:30 AM

Kim Yoo Jung dikritik hebat oleh netizen kerana sikapnya yang disifatkan sebagai biadab ketika muncul pada malam tayangan perdana filem terbaharunya, Because I Love You baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Kim Yoo Jung diselar peminat gara-gara sikapnya yang disifatkan sebagai biadab ketika majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya iaitu Because I Love You.

Allkpop melaporkan ketika sesi bertemu peminat dan media, Yoo Jung didakwa bersikap acuh tidak acuh selain bahasa badanya yang menunjukkan dia tidak berasa selesa berada di tempat itu.

Pelakon itu turut menunjukkan wajah tidak cerita selain sentiasa bermain dengan kukunya dan tidak memperdulikan peminat yang memanggilnya.

Sikapnya itu memberi padah apabila peminat mula memuat naik gambar dan video kelakuannya itu di laman sosial.

"Dia sudah cukup dewasa untuk bersikap lebih baik daripada apa yang ditunjukkan dan dia paling menyedihkan itu adalah kerjanya dan cara dia mencari rezeki.

"Ia sangat menyakitkan mata melihat gelagatnya yang biadab dan tidak profesional," kata netizen yang mengkritik Yoo Jung.

Dalam pada itu, sejurus majlis tayangan perdana itu, Yoo Jung dilaporkan dikejarkan ke hospital namun tidak diketahui punca sebenar dia dibawa mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, netizen tidak mempercayai berita yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya itu kerana ia adalah cara untuk menutup sikap kurang ajar pelakon itu.

"Saya tidak rasa dia sakit tetapi itu adalah perbucaan untuk menutup kejadian dia bersikap tidak profesional di hadapan peminat dan wartawan," kata salah seorang netizen lagi.

Tags / Kata Kunci: Kim Yoo Jung , Because I Love You

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan