Black Pink Raih Pengikut Terbanyak Dalam Masa Lima Bulan - K Pop | mStar

Black Pink Raih Pengikut Terbanyak Dalam Masa Lima Bulan

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 6:00 AM

Black Pink

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN yang baharu sahaja muncul dalam industri muzik Korea Selatan iaitu Black Pink dilihat semakin menonjol dan menarik perhatian peminat muzik dunia.

Bukan sahaja berjaya membawa pulang trofi dalam anugerah muzik, malah Black Pink juga menunjukkan populariti mereka di media sosial.

Pengikut laman sosial kumpulan yang dianggotai oleh empat wanita ini meningkat mendadak sehingga berjaya mengatasi kumpulan-kumpulan lebih senior.

Sehingga kini akaun rasmi kumpulan ini @blackpinkofficial mempunyai 1.848 juta pengikut mengatasi Red Velvet yang hanya 1.844 juta pengikut.

Ia juga secara tidak langsung menjadikan Black Velvet sebagai akaun instagram rasmi kumpulan wanita paling banyak pengikut.

Perkara tersebut adalah luar biasa berikutan ia baharu saha dibuka Ogos lalu.

Tags / Kata Kunci: Black Pink
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan