'Running Man' Ditamatkan Penyiaran Selepas Tujuh Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2016 12:30 AM

Running Man yang bersiaran sejak Julai 2010 bakal ditamatkan penyiarannya pada Februari depan.

(Ubah saiz teks)

PROGRAM popular Running Man dilaporkan bakal ditamatkan selepas tujuh tahun bersiaran.

Allkpop melaporkan keputusan itu dibuat oleh pihak produksi selepas dua pesertanya, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo meninggalkan rancangan itu.

Lebih mengejutkan pengunduran kedua-dua bintang itu dikatakan bukan atas kehendak mereka sebaliknya mereka disingkirkan oleh pihak produksi tanpa sebarang notis awal.

Ekoran kontroversi itu, pihak produksi mengadakan mesyuarat tergempar pada Jumaat dan mengambil keputusan menamatkan program itu.

"Semua yang terlibat turut dipanggil untuk menjelaskan salah faham yang berlaku dan selepas berbincang sendiri dengan Jong Kook dan Ji Hyo dan ahli lain kami mengambil keputusan menamatkan program ini.

"Episod terakhir program ini akan disiarkan pada akhir Februari depan.

"Kami sudah cuba melakukan yang terbaik dan bersyukur sentiasa mendapat sokongan daripada peminat sepanjang tempoh ini," kata wakil produksi Running Man kepada media.

Running Man mula ditayangkan pada 11 Julai 2010 dan menjadi sebagai salah sebuah program hiburan paling lama dalam sejarah televisyen di Korea Selatan.

Tags / Kata Kunci: Running Man

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan