Tindakan Kang Gary Padam Gambar Di Instagram Timbul Tanda Tanya

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2016 12:30 AM

Kang Gary bertindak memadam gambar-gambarnya di Instagram miliknya selepas pengumuman dua lagi peserta Running Man meninggalkan program itu.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Kang Gary dilaporkan memadam semua gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya, namun tiada sebarang penjelasan dibuat oleh bekas peserta program Running Man itu.

Koreaboo bagaimanapun melaporkan tindakan itu berkemungkinan ada kaitan dengan pengumuman dua rakan baiknya, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook yang disahkan akan meninggalkan program popular itu.

Instagram Kang Gary yang sudah tidak mempunyai sebarang gambar.

Ini kerana Gary memadam semua gambar-gambarnya beberapa jam selepas pengumuman itu dibuat.

Selain memadam gambar-gambarnya, Gary turut berhenti mengikut 145 profil yang sebelum ini diikutinya.

Terbaharu, media di Korea mendedahkan pengunduran Ji Hyo dan Jong Kook bukan atas kehendak mereka, sebaliknya mereka disingkirkan oleh pihak produksi tanpa diberitahu.

Tags / Kata Kunci: Kang Gary , Running Man

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan