Video Bogel Mirip Seo Ha Joon Tersebar - K Pop | mStar

Video Bogel Mirip Seo Ha Joon Tersebar

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 12:30 AM

Seo Ha Joon dikatakan adalah lelaki dalam sebuah video bogel yang tersebar luas baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

NAMA Seo Ha Joon menjadi perhatian dikalangan peminat selepas sebuah video bogel mirip wajah pelakon itu tersebar luas di media sosial.

Allkpop melaporkan video berdurasi sembilan minit itu memperlihatkan seorang lelaki menyerupai Ha Joon itu merakamkan dirinya sebelum menanggalkan pakaian sehingga berbogel sebelum melakukan onani.

Penyebaran video berkenaan mula menimbulkan spekulasi bahawa lelaki berkenaan memang Ha Joon, 27, berdasarkan rantai sering dipakainya selain wajah yang mirip pelakon drama Married My Daughter Twice itu.

Lebih mencurigakan, sejak video berkenaan tersebar luas Ha Joon menukar akaun Instagramnya kepada privasi seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.

Dalam pada itu, walaupun namanya sedang dilanda kontroversi, Ha Joon dilaporkan akan meneruskan sesi bertemu peminat yang dijadualkan pada 17 Disember ini.

Syarikat pengurusannya dalam satu kenyataan berkata, tiada sebab pertemuaan itu patut dibatalkan kerana peminat yang bakal hadir bukan sahaja dari Korea tetapi Jepun, China dan beberapa peminat dari negara Asia Tenggara.

"Ha Joon telah menyediakan pelbagai hadiah untuk peminatnya yang hadir nanti sebagai memberi penghargaan terhadap sokongan mereka selama ini," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun agensi itu enggan mengulas isu berhubung video bogel berkenaan dan membiarkan pihak berkuasa membuat siasatan.

Tags / Kata Kunci: Seo Ha Joon

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan