Chanyeol (EXO) Beli Kereta Harga Mewah RM900,000

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2016 12:30 AM

Chanyeol bergambar bersama kereta baharu.

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN EXO merupakan salah satu grup Kpop paling berjaya apabila album mereka laris terjual, malah setiap ahlinya diterima sebagai pelakon dalam drama, filem dan model iklan.

Salah seorang ahlinya, Chanyeol dilaporkan antara yang menjadi kegilaan remaja wanita Korea dan baharu sahaja membeli sebuah kereta mewah.

Seperti dipetik Allkpop, sebuah foto Chanyeol tersebar di internet yang dimuat naik oleh jurujual kereta berkenaan.

Selain itu, sebuah foto penyanyi rap itu berada di dalam sebuah kereta baharu jenis Mercedes-Benz.

Kereta tersebut merupakan jenis 2016 Mercedes-Benz AMG G65, yang berharga kira-kira RM900,000.
Tags / Kata Kunci: Chanyeol , EXO

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan