Lee Se Young Mohon Maaf Sentuh Kemaluan Rakan Artis

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

VIDEO yang menunjukkan aksi seorang pelawak wanita terkenal Korea iaitu Lee Se Young yang menyentuh kemaluan kumpulan B1A4 dan Infinite menimbulkan rasa kurang senang peminat-peminat kumpulan berkenaan.

Aksi tersebut dianggap keterlaluan dan menjurus kepada gangguan seksual kepada ahli kumpulan tersebut.

Insiden itu terjadi ketika pelawak berkenaan mengacarakan program SNL Korea dan menyentuh alat sulit anggota kumpulan itu beberapa kali dengan tujuan bergurau.

Bagaimanapun, video tersebut menjadi viral dan menerima kecaman banyak pihak yang menganggap ia sebagai gangguan seksual.

Sementara itu, pelawak tersebut akhirnya tampil meminta maaf menerusi akaun Instagram miliknya.

Dia turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada program akan datang.

Tags / Kata Kunci: Lee Se Young

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan