Ketegangan Politik, Poster Iklan Jun Ji Hyun Di China Digugurkan - K Pop | mStar

Ketegangan Politik, Poster Iklan Jun Ji Hyun Di China Digugurkan

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Jun Ju Hyun menerima nasib yang sama seperti pelakon Song Joong Ki selepas digugurkan sebagai bintang iklan telefon bimbit di China Ogos lalu.

Bintang filem Legend of the Blue Sea ini baharu sahaja mengikat kontrak dengan sebuah jenama telefon bimbit itu pada Oktober lalu.

Gambarnya kini digantikan dengan artis tempatan negara itu iaitu Angelababy.

Perkara itu disebabkan ketegangan hubungan diplomasi antara Korea Selatan dan China.

China kini melarang drama, program televisyen dan filem Korea dibawa masuk ke negara itu.

Tags / Kata Kunci: Jun Ji Hyun
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan