Kurang 24 Jam Dilancar, Video Muzik Shinee Cecah 1 Juta Tontonan

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

VIDEO muzik baharu kumpulan SHINee berjudul Tell Me What To Do dilaporkan berjaya mencecah 1 juta tontonan di YouTube dalam masa kurang 24 jam ia dilancarkan.

Seperti dipetik Allkpop, laguTell Me What To Do yang dilancarkan pada 14 November lalu itu dipilih sebagai lagu utama dalam album baharu mereka 1 of 1.

Sehingga kini muzik video tersebut sudah mencecah 1,332,247 tontonan YouTube.

Sambutan luar biasa itu disebabkan kualiti dan konsep retro pada muzik video itu serta tarian yang ditampilkan menarik untuk ditonton.

Selain itu, tidak dinafikan kumpulan tersebut turut mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

Single Tell Me What To Do menceritakan tentang pasangan kekasih yang berhadapan masalah selepas menjalani hubungan yang agak lama.

Muzik video tersebut turut menampilan Minho dan Teamin bersaing untuk merebutkan seorang wanita idaman.

Tags / Kata Kunci: Shinee

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan