Ji Soo Pernah Bercinta Dengan Wanita Lebih Berusia

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 12:31 AM

Ji Soo pernah bercinta dengan wanita lebih berusia sebelum ini.

(Ubah saiz teks)

PELAKON yang terkenal menerusi drama bersiri Scarlet Heart, Ji Soo mendedahkan dia pernah bercinta dengan wanita lebih berusia daripadanya ketika ditemubual dalam sebuah program baru-baru ini.

Ji Soo, 23, berkata, hubungan berkenaan bagaimanapun berkahir dengan perpisahan kerana tiada keserasian disebabkan perbezaan usia mereka.

"Saya pernah mempunyai pengalaman bercinta dengan wanita lebih berusia tetapi hubungan itu lebih sesuai sebagai rakan kerana perbezaan usia membuatkan percintaan kami menjadi hambar dan tiada keserasian," katanya seperti dilaporkan Allkpop.

Ji Soo berkata demikian ketika mengulas pengalamannya berlakon disamping aktres Park Si Yeon yang lebih berusia daripadanya menerusi drama bersiri Fantastic.

Dalam pada itu, Ji Soo berkata, sekiranya dia ingin bercinta selepas ini dia berharap dapat bertemu dengan wanita seusia dengannya.

"Saya rasa jika kami mempunyai usia yang sama ia paling terbaik dan lebih mudah memahami diri masing-masing.

"Bagaimanapun kalau sudah jodoh saya dengan wanita lebih berusia saya tetap akan terima," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ji Soo , Scarlet Heart

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan