Pandangan Terbuka Peniel (BTOB) Terhadap Donald Trump Dipuji

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

TINDAKAN ahli kumpulan BTOB iaitu Peniel dipuji netizen apabila bersikap jujur dalam memberi pendapat peribadinya yang kurang senang dengan keputusan pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke 45.

Peniel yang juga membesar di negara itu meluahkan perasaan tersebut menerusi laman Twitter peribadinya yang kemudian menjadi viral.

Dia menulis: "Rakan bertanya apa akan terjadi pada Amerika jika Trump memerintah dan dia menjawab Amerika akan menjadi kacau bilau," tulisnya.

Rata-rata netizen menganggap pandangan tersebut jujur dan apa yang dirasai oleh penyanyi itu.

"Dia selebriti dan berhak untuk bersikap terbuka. Peniel lahir di Amerika dan membesar di sana, dia datang kembali ke Korea Selatan selepas berjaya dalam uji bakat untuk menyertai BTOB," ujar peminat.

Tags / Kata Kunci: Peniel BTOB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan