G-Dragon Jumpa Komatsu Nana Secara Rahsia Di Jepun

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 12:30 AM

Komatsu Nana dan G-Dragon dikatakan sedang hangat bercinta.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI G-Dragon dilaporkan semakin serius menjalinkan hubungan cinta dengan model dan pelakon berasal dari Jepun iaitu Komatsu Nana.

Soompi melaporkan kelibat pasangan itu berjaya dirakam oleh jurugambar ketika mereka berada di Shibuya, Jepun baru-baru ini.

Bagaimanapun kedua-dua mereka memakai topeng dan bertopi bagi mengelak kehadiran mereka disedari oleh peminat.

Dalam pada itu, G-Dragon bersama kumpulannya, Big Bang berada di Jepun bagi menjayakan konsert di Tokyo Dome pada 5 dan 6 November lalu.

Komatsu juga dikatakan menghadiri konsert berkenaan bagi memberi sokongan kepada kumpulan itu.

Sementara itu, YG Entertainment enggan mengulas tentang perkhabaran terbaharu melibatkan artis mereka itu dan menyifatkan ia adalah isu peribadi G-Dragon.

Sebelum ini, pasnagan itu pernah dilaporkan bercinta selepas Instagram peribadi G-Dragon digodam dan gambar mereka bersama tersebar.

Laporan lain pula menyebut, Komatsu curang terhadap teman lelakinya untuk bersama dengan G-Dragon.

Tags / Kata Kunci: G-Dragon , Big Bang , Komatsu Nana

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan