Gary Kang Mohon Maaf Depan 1,000 Peminat Tinggalkan 'Running Man'

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 12:30 AM

Gary Kang meminta maaf dihadapan 1,000 peminatnya di Taiwan ekoran keputusannya meninggalkan program Running Man.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Gary Kang tampil memohon maaf dihadapan 1,000 peminat di Taiwan ekoran keputusannya meninggalkan program Running Man.

Soompi melaporkan Gary mengambil kesempatan itu ketika berada di Taiwan pada sesi bertemu peminatnya ketika mempromosikan pelancongan Korea di negara itu.

"Saya ingin minta maaf kerana tidak lagi bersama Running Man dan terima kasih atas sokongan anda semua," katanya.

Terdahulu, pihak produksi mengesahkan Gary meninggalkan program itu kerana ingin kembali memberi fokus kepada bidang muzik.

Dalam pada itu, Gary berkata, walaupun sudah tidak bersama program popular itu dia masih belum dapat meneruskan kehidupannya kerana sudah terbiasa bersama rakan-rakannya dalam rancangan sama.

"Saya sudah melakukan yang terbaik sepanjang enam tahun bersama Running Man.

"Walaupun tidak lagi bersama program itu hati saya sentiasa bersama Running Man dan rasanya saya akan rasa sunyi tanpa kemeriahan kawan-kawan yang lain," katanya.

Sementara itu, Gary berkata, dia kini sedang dalam proses merakamkan album terbaharunya.

Tags / Kata Kunci: Gary kang , Running Man

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan