G-Dragon Rakam Lagu Bersama Pharrell Williams - K Pop | mStar

G-Dragon Rakam Lagu Bersama Pharrell Williams

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 12:30 AM

G-Dragon bakal tampil dengan single terbaharu bersama Pahrrell Williams.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal G-Dragon bakal melancarkan single terbaharu duet bersama penyanyi dan komposer dari Amerika Syarikat, Pahrrell Williams.

Anggota kumpulan Big Bang itu mendedahkannya selepas memuat naik gambar bersama Pharrell di Instagram dengan kapsyen "coming soon" menurut laporan Soompi.

Dalam foto berkenaan memperlihatkan mereka berada di studio rakaman malah G-Dragon turut berkongsi beberapa gambar lain yang mendapat perhatian peminat.

G-Dragon memuat naik gambar bersama Pahrrell ketika berada di studio rakaman di Instagram miliknya.

Pharrell turut memuat naik gambar bersama G-Dragon dalam satu pertemuan di Jepun.

Sebelum ini, kedua-dua artis berkenaan pernah melahirkan hasrat untuk berkolaborasi dan Pharrell menyifatkan G-Dragon sebagai seorang artis berbakat besar dan membawa muzik ke tahap berbeza.

Tags / Kata Kunci: G-Dragon , Pahrrell Williams , Big Bang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan