Kim Yoo Jung Dikritik Rendahkan Golongan Bawahan

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2016 12:30 AM

Kim Yoo Jung

(Ubah saiz teks)

AKTRES Kim Yoo Jung yang kini semakin popular selepas drama Moonlight Drawn by Clouds dikecam netizen apabila dikatakan merendahkan kasta golongan bawahan.

Kim Yoo Jung yang diwawancara sebuah stesen televisyen memberitahu dia ingin watak yang mempunyai status sosial yang lebih tinggi daripada pelakon gandingannya.

"Saya ingin mendapat watak yang berstatus sosial lebih tunggi seperti jadi pewaris keluarga kaya dan bukan hanya pemilik kedai kecil," ujarnya.

Kata-kata tersebut telah menyinggung perasaan netizen yang menganggap wanita itu cuba meletakkan kasta tertentu dalam masyarakat negara itu.

"Dia seperti hidup pada zaman dahulu, pada masa ini tiada yang membezakan kasta setiap golongan.

"Pada zaman ini orang menghargai apa juga kerja mereka," ujar seorang netizen.

Tags / Kata Kunci: Kim Yoo Jung

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan