Komen Peminat Cara Lee Joon Perbaiki Mutu Lakonan

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 12:30 AM

Lee Joon mengambil kira pandangan dan kritikan peminat berhubung lakonannya. Foto Ihsan Star Daily News

(Ubah saiz teks)

PELAKON Lee Joon memberitahu komen peminat di laman sosial adalah salah satu cara dia memperbaiki mutu lakonannya dari masa ke semasa.

Lee Joon berkata, dia sering menghabiskan masa dengan membaca komen peminat dan mengambil serius terhadap semua pandangan dan kritikan diberikan kepadanya.

"Saya sering membaca komen peminat berhubung lakonan saya kerana dari situ saya dapat mengetahui masalah dan memperbaikinya.

"Pada saya pandangan peminat adalah penting kerana mereka yang menonton hasil lakonan saya dan perlu mengambil kira pandangan yang dilontarkan," katanya seperti dilaporkan Soompi.

Bagaimanapun akui Lee Joon, adakalanya dia terluka apabila membaca komen-komen negatif namun harus menerimanya.

Katanya, sebagai seorang selebriti dia perlu bersikap terbuka kerana sudah menjadi lumrah kerjayanya dinilai oleh penonton dan peminat.

"Kadang-kadang saya terasa juga dengan komen diberikan tetapi saya terima. Ia sudah lumrah kerja sebagai pelakon.

"Penonton adalah punca saya masih berada di sini dan saya perlu mengambil kira pandangan mereka tidak kira baik atau pun buruk," katanya.

Lee Joon baharu sahaja tampil dengan filem terbaharu berjudul Lucky-Key yang menggandingkannya dengan Yoo Hae Jin.

Filem berkenaan yang ditayangkan sejak 13 Oktober lalu sehingga kini mendapat empat juta penonton.

Tags / Kata Kunci: Lee Joon , Lucky-Key

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan