Jay Park Dipuji Kerana Bersikap Pemurah

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2016 12:30 AM

Jay Park dipuji kerana sikap pendermanya.

(Ubah saiz teks)

JAY Park menerima pujian daripada peminatnya apabila Facebook Universiti Hanyang mendedahkan sikap penyanyi itu yang disifatkan sebagai pemurah.

Soompi melaporkan Jay menyerahkan semua hasil kutipan persembahannya pada festival yang diadakan di kampus universiti itu untuk disalurkan kepada tabung dana bagi kegunaan pelajar.

"Sudah dua tahun Jay berbuat demikian dan dia seorang yang baik hati serta pemurah kerana memberikan semua kutipan daripada festival diadakan kepada pelajar," kata salah seorang peminatnya.

Menerusi status sama, pihak universiti turut memuji tindakan penyanyi itu kerana tidak pernah cuba mendapatkan publisiti seperti mana segelintir selebriti apabila mereka melakukan kerja amal.

"Apa yang kami lihat dia ingin berkongsi pengalaman dan muziknya dengan pelajar-pelajar di sini.

"Dia tidak pernah meminta publisiti kerana kebaikannya dan itu membuatkan Jay sangat istimewa," kata status itu lagi.

Sementara itu, Jay kini sedang dalam proses pembikinan album terbaharunya berjudul Everything You Wanted yang dijangka berada di pasaran pada 20 Oktober ini.

Penyanyi itu juga dikatakan bakal berduet dengan Yoon Mi Rae dan Far East Movement.

Tags / Kata Kunci: Jay Park

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan