Lay (EXO) Rebah Di Lapangan Terbang, Batal Lawatan Ke Jepun

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2016 12:30 AM

Lay (EXO) tiba-tiba rebah sehingga tidak sedarkan diri ketika berada di lapangan terbang.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Lay dilaporkan rebah sehingga tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.

Soompi melaporkan ketika kejadian Lay bersama anggota kumpulan EXO sedang berjalan untuk memasuki ruang berlepas bagi menaiki pesawat ke Jepun.

Lay bagaimanapun tiba-tiba rebah sehingga membuatkan rakan-rakannya panik melihat keadaan itu.

Malah peminat yang memenuhi ruang legar di lapangan terbang itu turut terkejut melihat artis kesayangan mereka rebah tidak sedarkan diri.

EXO berangkat ke Tokyo, Jepun bagi mengadakan konsert yang diadakan selama dua malam di negara berkenaan.

Dalam pada itu, Lay dikejarkan ke hospital berdekatan dan dia dilaporkan masih tidak sedarkan diri ketika diberi rawatan.

Pihak pengurusannya dalam satu kenyataan memberitahu keadaan Lay kini stabil dan EXO tetap meneruskan konsert di Jepun tanpa kehadiran penyanyi itu.

Tags / Kata Kunci: Lay , EXO

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan