Lee Hwi Jae Disangka Lakukan Pembedahan Plastik

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 12:30 AM

Lee Hwi Jae memuat naik gambarnya selepas menjalani pembedahan di Instagram.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Lee Hwi Jae disangka melakukan pembedahan plastik pada bahagian bibirnya selepas dia memuat naik gambarnya di Instagram.

Soompi melaporkan foto yang memperlihatkan wajah Hwi Jae dibalut di antara bahagian hidung dan bibirnya membuatkan peminat tertanya-tanya tentang keadaan sebenar binta realiti program The Return of Superman itu.

Hwi Jae bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai keadaannya membuatkan peminat terus membuat spekulasi lelaki berusia 44 tahun itu melakukan pembedahan plastik.

"Saya semakin berusia dan mengalami krisis pertengahan umur dan bukan lagi 'Superman'.

Hwi Jae bersama anak kembarnya, Seo Eon dan Seo Jun.

"Pada saat ini nikmat kesihatan adalah yang paling berharga," tulisnya.

Hwi Jae juga meminta agar peminat tidak bimbang dengan keadaannya dan memberitahu dia hanya menjalani pembedahan kecil.

"Pembedahan ringkas sahaja, jangan risau," katanya.

Nama Hwi Jae mula kembali mendapat perhatian peminat selepas dia muncul dalam program The Return of Superman bersama anak kembarnya, Seo Eon dan Seo Jun.
Tags / Kata Kunci: Lee Hwi Jae , The Return of Superman

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan