Ahn Jae Hyun Artis Naungan HB Entertainment

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 12:31 AM

Ahn Jae Hyun

(Ubah saiz teks)

AKTOR Ahn Jae Hyun membuat keputusan untuk berada bawah pengurusan agansi HB Entertainment bagi menentukan kerjaya lakonannya yang kini semakin meningkat.

Pihak syarikat tersebut membuat satu kenyataan rasmi tentang penyertaan aktor itu yang sudah menandatangani perjanjian kontrak pada 30 September lalu.

"Pelakon tersebut telah menandatangani kontrak eksklusif dengan HB Entertainment dan kami akan memberi sokongan promosi dalam pelbagai bidang seperti lakonan dan program realiti," ujarnya seperti dipetik Allkpop.

Agensi tersebut turut dinaungi beberapa selebriti terkenal seperti Ji jin Hee, Kim Rae Won dan Shin Sung Rok.

Suami kepada Goo Hye Sun memulakan kerjaya menerusi bidang peragaan pada tahun 2009 dan pada 2011 dia mula dikenali melalui penampilan di program realiti.

Kemudian popularitinya semakin meningkat selepas terlibat dengan drama My Love from the Star sebagai adik kepada Jun Ji Hyun.

Tags / Kata Kunci: Ahn Jae Hyun

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan