Agensi Sahkan Lee Si Young Sudah Ada Kekasih

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 12:30 AM

Lee Si Young kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang usahawan.

(Ubah saiz teks)

SYARIKAT pengurusan SIM Entertainment mengesahkan aktres Lee Si Young sudah mempunyai teman lelaki iaitu seorang usahawan seperti mana dilaporkan media sebelum ini.

Soompi
melaporkan agensi berkenaan memberitahu Si Young sudah menjalinkan hubungan dengan lelaki yang dikenali sebagai A sejak sebulan lalu.

"Memang benar ketika ini Lee Si Young sedang menjalinkan hubungan cinta seperti mana dilaporkan sebelum ini.

"Hubungan berkenaan sebenarnya masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing," kata kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, agensi itu memberitahu pasangan berkenaan belum mempunyai perancangan untuk berkahwin seperti didakwa sebelum ini.

Malah kata kenyatan itu, pelakon tersebut tidak akan meninggalkan bidang lakonan walaupun sudah berkahwin pada masa hadapan.


Tags / Kata Kunci: Lee Si Young

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan