Gambar Chen (EXO) Bersama Bekas Kekasih Tersebar

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 12:30 AM

Gambar Chen EXO bersama bekas teman wanitanya tersebar luas di internet.

(Ubah saiz teks)

GAMBAR mesra penyanyi Chen dipercayai bersama bekas kekasihnya tersebar luas di Internet sejak beberapa hari lalu.

Allkpop melaporkan Chen terkejut dengan penyebaran gambar tersebut dan sedang mencari dalang di sebalik kejadian itu.

Bagaimanapun sumber mendedahkan foto-foto berkenaan sebenarnya disebarkan sendiri oleh wanita berkenaan namun tidak diketahui tujuan dia berbuat demikian.

Salah satu gambar mesra Chen dan bekas teman wanitanya yang tersebar.

Dalam pada itu, peminat yang terkejut dengan penyebaran foto tersebut bagaimanapun memuji Chen sebagai seorang lelaki romantik dan penyayang.

"Chen nampak sangat manis bersama kekasihnya dan menerusi gambar yang terbesar nyata dia seorang lelaki romantik dan penyayang.

"Lihat bagaimana dia melayan wanita berkenaan seperti dalam gambar itu," kata peminatnya di laman sosial.

Tags / Kata Kunci: Chen EXO

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan