Wujud Instagram Palsu Gong Yoo Selepas Popular Dalam 'Train To Busan'

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 12:30 AM

Gong Yoo mendapat perhatian selepas filem lakonannya, Train to Busan mendapat sambutan luar biasa.

(Ubah saiz teks)

POPULARITI yang diterima Gong Yoo menerusi filem Train to Busan mula memberi kesan kepada karier aktor itu apabila peminat mula mewujudkan beberapa akaun Instagram palsu menggunakan namanya.

Sehubungan itu, pihak agensi pengurusan pelakon itu mengeluarkan amaran kepada pihak yang telah mewujudkan profil berkenaan agar memadamnya sebelum sebarang tindakan diambil.

Ini kerana kewujudan akaun palsu itu telah memberi tanggapan bahawa Gong Yoo sendiri mengendalikan profil-profil berkenaan walaupun ia bukan miliknya.

Gong Yoo bersama barisan pelakon Train to Busan ketika tayangan perdana di Festival Cannes baru-baru ini.

"Kami membuat kenyataan ini kerana ramai mula keliru tentang akaun sebenar milik pelakon itu kerana terdapat beberapa akaun palsu diwujudkan," kata wakil syarikat pengurusannya seperti dilaporkan Allkpop.

Dalam kenyataan sama turut dijelaskan bahawa Gong Yoo tidak mempunyai sebarang akaun media sosial yang diuruskannya sendiri.

Sementara itu, pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri The Coffee Prince itu dilaporkan bakal membuat kemunculan dalam sekual Train to Busan.

Tags / Kata Kunci: Gong Yoo , Train to Busan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan