Penyampai Berita Dikenakan Tindakan Disiplin Kerana Tiffany (SNSD)

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2016 12:30 AM

Tiffany menerima pelbagai kritikan gara-gara memuat naik gambar bendera Jepun pada Hari Kebangsaan Korea Selatan baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

SEORANG penyampai berita dikenakan tindakan disiplin gara-gara mempersendakan Tiffany (SNSD) ketika sedang bersiaran secara langsung.

Soompi melaporkan Kim Myung Joon memberi komen berbaur sindiran dengan memberi ucapan tahniah kepada Tiffany kerana lebih menyukai negara Jepun berbanding Korea Selatan berikutan kontroversi melanda penyanyi itu.

Berikutan itu lelaki berkenaan yang bertugas di stesen MBN diberi amaran oleh pihak Lembaga Penapisan Program Korea Selatan.

Bagaimanapun Myung Joon secara terbuka memberitahu dia tidak akan meminta maaf atas komennya itu walaupun telah diberi amaran.

Lembaga itu juga dalam satu kenyataan telah memberi amaran keras kepada beberapa lagi program hiburan dan berita melaporkan tentang kontroversi melibatkan Tiffany.

Terdahulu Tiffany dikritik hebat oleh peminat di Instagram selepas memuat naik bendera negara Jepun pada sambutan Hari Kebangsaan Korea bulan lalu.

Tags / Kata Kunci: Tiffany , SNSD

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan