Tidak Bersukan, Bobby Malu Tayang Badan - K Pop | mStar

Tidak Bersukan, Bobby Malu Tayang Badan

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 12:30 AM

Bobby

(Ubah saiz teks)

PENYANYI yang terkenal dengan aksi buka baju Kim Ji-won atau dikenali sebagai Bobby memberitahu dia berasa tidak yakin dengan tubuh badannya sekarang.

Bobby yang dikenali menerusi programYGE Trainees itu mengakui sudah lama tidak bersukan sehingga membuatkan bentuk badannya tidak seperti dahulu.

"Saya malu untuk tunjuk badan seperti dahulu kerana bentuk badan saya kini benar-benar buruk. Saya sudah lama tidak bersukan.

"Jika ada penggambaran yang minta saya buka baju, saya akan menolak kerana malu," ujarnya.

Sementara itu, Bobby baharu sahaja keluar dengan single baharunya berjudul Holup.

Tags / Kata Kunci: Bobby
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan