Usia 15 Tahun, Jeon Somi (IOI) Enggan Tampil Seksi

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

MENJADI artis pada usia muda, Jeon Somi, 15, mengakui agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan konsep kumpulannya iaitu IOI. 

Menurut My Daily, Somi berkata, dia sering bimbang apabila diminta untuk tampil dengan imej seksi. 

"Saya masih bersekolah dan tidak boleh tampil dengan imej seksi seperti yang dilakukan ahli kumpulan lain,

"Kami tampil dengan konsep remaja, tapi bimbang imej itu boleh dikatakan seksi," ujarnya. 

Sementara itu, IOI masih sibuk dengan kegiatan seperti fotografi majalah dan iklan selain lagu baharu I Love You, I Remember You. 
Tags / Kata Kunci: Jeon Somi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan