Privasi Diceroboh Peminat, Lay (EXO) Ambil Tindakan Undang-Undang

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 12:30 AM

Lay EXO tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminat fanatik yang melanggar hak privasinya.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Lay tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminat fanatik yang cuba melanggar hak privasinya.

Soompi melaporkan Lay yang juga anggota kumpulan EXO membuat keputusan itu selepas dia menjadi mangsa pencerobohan privasi dalam dua kejadian baru-baru ini.

"Dua kejadian melibatkan tindakan diluar kawalan oleh peminat fanatik sebelum ini benar-benar telah melanggar hak privasi saya sebagai seorang individu.

"Saya tidak akan berfikir dua kali selepas ini sekiranya kejadian serupa berlaku lagi dan tindakan undang-undang akan diambil," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh pihak syarikat pengurusannya baru-baru ini.

Pada 18 Ogos lalu, dua peminat wanita menyamar dengan memalsukan identiti mereka dalam cubaan untuk memasuki bilik hotelnya.

Akibat kejadian itu, pihak pengurusan hotel terpaksa menamggil polis bagi menangkap wanita berkenaan.

Kejadian sama turut berlaku 10 hari sebelum itu ketika Lay sedang menjalani penggambaran sebuah drama di China.

Seorang wanita berpura-pura sebagai pekerja produksi hanya ingin mendekati Lay sebelum ditangkap.

Tags / Kata Kunci: Lay , EXO

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan