Kim Min Suk Botakkan Kepala Demi 'Doctors' - K Pop | mStar

Kim Min Suk Botakkan Kepala Demi 'Doctors'

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 12:30 AM

Lakonan Kim Min Suk sebagai Dr. Choi menerusi Doctors mendapat pujian apabila dia bertindak membotakkan kepalanya bagi menjayakan babak penting dalam drama bersiri itu.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Kim Min Suk mendapat pujian daripada penonton apabila bertindak membotakkan kepalanya dalam satu babak episod 15 drama bersiri lakonannya, Doctors.

Min Suk menerusi syarikat pengurusannya, Woolim Entertainment dalam satu kenyataan berkata, aktor itu tidak dipaksa berbuat demikian sebaliknya ia atas kemahuannya sendiri.

"Dia seorang yang berdedikasi terhadap tanggungjawab diberikan kepadanya dan tidak hairan dia bertindak membotakkan kepalanya dalam Doctors.

"Min Suk benar-benar menjiwai wataknya sebagai Dr. Choi Kang Soo dan keberaniannya itu harus dipuji.

Lakonan Min Suk menyentuh perasaan penonton.

"Krew produksi tidak memaksanya berbuat demikian tetapi ia kemahuannya sendiri kerana mahu babak berkenaan nampak asli," kata wakil daripada syarikat berkenaan seperti dilaporkan Soompi.

Menerusi episod berkenaan Dr. Choi disahkan menghidap ketumbuhan dalam otak dan dia mengambil keputusan membotakkan kepalanya sendiri sebelum menjalani pembedahan.

Peminat setia drama bersiri itu bagaimanapun terpaksa bersabar untuk mengetahui mengenai keadaan Dr. Choi apabila episod terbaharunya ditangguhkan tayangan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada siaran sukan Olimpik yang sedang berlangsung.

Tags / Kata Kunci: Kim Min Suk , Doctors
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan