Suho (EXO) Bakal Muncul Dalam Drama Terbaharu

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 12:30 AM

Suho

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan Exo iaitu Suho mengesahkan untuk menjadi pelakon utama dalam sebuah drama terbaharu.

Syarikat pengurusannya, SM Entertainment mengumumkan berita gembira itu pada Selasa.

"Suho mengesahkan untuk muncul dalam Stars in the Universe selaku pelakon utama," kata kenyataan itu.

Drama berkenaan akan diarahkan oleh Kim Ji Hyun yang menerima penganugerahan menerusi karyanya Splash Splash Love.

Suho telah membuktikan bakat lakonannya sebelum ini menerusi filem 'Hari Glory' dan akan mengembangkan kerjayanya lebih jauh dengan drama baru.

Stars in the Universe dijadualkan akan memulakan penggambaran pada September depan. – All Kpop

Tags / Kata Kunci: Exo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan