BigBang Dilantik Jadi Ikon Kreatif Korea Selatan

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN BigBang diberi penghargaan sebagai ikon kreatif negara Korea Selatan sempena ulang tahun ke 10 kumpulan tersebut.

Kumpulan yang memulakan kerjaya dengan pelancaran single pertama mereka pada 19 Ogos 2006 menarik perhatian dunia seni sehingga menjadikan kumpulan ini paling berpengaruh di negara itu.

Kementerian Kebudayaan negara itu mengumumkan BigBang akan terlibat dengan acara antarabangsa seperti Rio Summer Olympics dan PyeongChang 2018 Winter Games Olympics.

"Melalui aktiviti BigBang sebagai ikon kreatif, kami percaya ia mampu mempromosikan negara Korea dengan lebih meluas," ujar wakil Kementerian Kebudayaan.

BigBang baharu sahaja melancarkan filem Bigbang MADE: The Movie yang akan menampilkan secara peribadi kegiatan ahli BigBang selama 340 hari.


Tags / Kata Kunci: BigBang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan