Moon So Ri Terpilih Sebagai Juri Festival Filem Venice - K Pop | mStar

Moon So Ri Terpilih Sebagai Juri Festival Filem Venice

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2016 12:30 AM

Moon So Ri adalah aktres pertama Korea yang terpilih bagi menjadi juri pada Festival Filem Venice ke-73 yang bakal berlangsung pada Ogos depan.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Moon So Ri menjadi aktres pertama Korea Selatan terpilih untuk menjadi salah seorang juri pada Festival Filem Venie ke-73 yang bakal berlangsung pada Ogos depan.

Soompi melaporkan So Ri bakal ditugaskan untuk mengadili naskah-naskah terbaik dari seluruh dunia menerusi kategori Orizzonti.

Festival berkenaan adalah antara yang berprestij selain Festival Filem Cannes dan Festival Filem Antarabangsa Berlin.

Orizzonti adalah kategori yang mempunyai trofi tersendiri pada festival berkenaan.

So Ri sebelum ini pernah memenangi trofi Marcello Mastroianni yang diberikan kepada pelakon pada festival berkenaan menerusi lakonannya dalam filem Oasis pada 2002.

Antara filem lakonannya yang turut menjadi perhatian di festival filem antarabangsa adalah Hill of Freedom dan A Good Lawyer's Wife.

Sementara itu, So Ri, dalam satu kenyataan memberitahu dia teruja terpilih untuk menjadi juri dan menganggap ia tugas paling mencabar pernah diberikan kepadanya.

"Ia bukan mudah untuk mengadili dan membuat perbandingan di antara filem tetapi pengalaman untuk menyaksikan pelbagai karya terbaik seluruh dunia tidak patut saya lepaskan.

"Saya ada memori indah bersama Festival Filem Venice dan berharap pengalaman ini akan memberi kenangan manis buat saya," katanya.

So Ri sebelum ini pernah bertindak sebagai juri pada beberapa festival filem seperti di Busan, Jeonju, Locarno dan Tokyo.

Festival Filem Venice ke-37 bakal berlangsung pada 31 Ogos hingga 10 September depan.

Tags / Kata Kunci: Moon So Ri , Festival Filem Venice
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan