Park Shin Hye Lakon Babak Aksi Tanpa Bantuan 'Stuntman'

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2016 12:30 AM

Lakonan Park Shin Hye dalam drama bersiri Doctors mendapat pujian.

(Ubah saiz teks)

AKTRES Park Shin Hye dipuji kru produksi drama Doctors kerana melakonkan adegan aksi tanpa menggunakan bantuan pelakon lagak ngeri.

Shin Hye, 26, diberi gelaran sebagai 'Ratu Aksi' kerana penampilan yang memukau ketika melakonkan babak pergaduhan.

"Dia memang dikenali dengan kepintarannya dalam banyak perkara malah boleh melakonkan adegan tanpa sebarang bantuan pelakon lagak ngeri.

"Penghayatan karekter dia juga sangat bagus selain kasih sayang dan sikap tanggungjawab yang ditunjukkan terhadap wataknya menunjukkan dia seorang pelakon profesional," ujar kru produksi.

Drama Doctors diterbitkan oleh stesen televisyen SBS yang kini sudah memasuki episod keempat.

Tags / Kata Kunci: Park Shin Hye , Doctors

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan