Choi Youngjae (GO7) Tidak Sertai 'Fly TOUR 2016' Kerana Demam

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN GO7 terpaksa membuat persembahan tanpa seorang ahlinya Choi Youngjae di konsert Fly Tour 2016 di Dallas, Amerika Syarikat.

Perkara tersebut diberitahu agansi mereka JYP Entertainment bahawa Youngjae tidak dapat hadir kerana demam akibat cuaca terlalu panas.

"Youngjae masih berada di hospital kerana demam. Setelah mempertimbangkan kesihatannya kami terpaksa merehatkan dia daripada konsert di Dallas, Amerika Syarikat" ujarnya.

Kumpulan itu meneruskan persembahan konsert jelajah mereka dengan enam ahli sehingga Youngjae benar-benar sihat.

Tags / Kata Kunci: Choi Youngjae , Fly TOUR 2016

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan