Foto Jinny Bersama Justin Bieber Dapat Perhatian

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

SALAH seorang penyanyi bawah YG Entertainment iaitu Park Jinny mendapat perhatian netizen apabila gambar bersama penyanyi antarabangsa Justin Bieber tersebar di laman sosial.

Peminatnya kini baharu mengetahui bahawa Jinny merupakan salah seorang peminat Justin Bieber.

Jinny bergambar dengan penyanyi itu ketika mengadakan konsert di Believe Tour di Seoul pada 2013 lalu.

Foto tersebut menunjukkan Jinny menggayakan seluar pendek dan baju berwarna hitam tersenyum disamping bintang terkenal itu.

Netizen turut cemburu dengan Jinny dapat bergambar dengan penyanyi kesayangannya.

Dalam perkembangan lain, Jinny bakal menyertai sebuah kumpulan baharu di bawah agensi tersebut.

Tags / Kata Kunci: Jinny

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan