Younha Tutup Twitter Tak Tahan Dikecam Netizen

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 12:30 AM

Younha mengambil keputusan menutup akaun Twitter miliknya kerana tidak tahan menjadi bahan ejekan netizen.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Younha mengambil keputusan untuk menutup akaun Twitter miliknya selepas tidak tahan dengan cacian dan kritikan diterimanya daripada netizen.

Soompi melaporkan Younha menerusi status terakhirnya berkata, dia berasa sedih apabila sering menerima kata-kata penghinaan tanpa orang mengetahui kedudukan dirinya yang sebenar.

"Jika anda tahu kisah saya, siapa diri saya. Anda pasti tidak akan berkata seperti apa yang dilemparkan menerusi internet.

"Setiap penghinaan yang diberikan bukan mudah untuk saya terima dan kerana itu saya mengambil keputusan menutup akaun Twitter ini.

"Kepada peminat yang setia menyokong saya ucapkan ribuan terima kasih," katanya.

Baru-baru ini muncul sebuah blog yang menghina Younha dan peminatnya dengan menggelar mereka dengan pelbagai kata-kata tidak sopan.

Perbuatan itu didalangi oleh seorang peminat yang kononnya bekas peminat penyanyi itu mendedahkan pelbagai perkara tidak benar mengenai Younha di Twitter.

Dalam perkembangan sama, syarikat pengurusan Younha dalam satu kenyataan memberitahu penyanyi itu membuat keputusan tepat memadam akaun berkenaan kerana dia diserang secara peribadi.

Tags / Kata Kunci: Younha , Twitter

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan