Tuduhan Rogol: Yoo Sang Moo Ambil Ujian Kesan Penipuan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 12:30 AM

Yoo Sang Moo mengambil ujian pengesan penipuan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah atas tuduhan cuba merogol teman wanitanya.

(Ubah saiz teks)

PELAWAK Yoo Sang Moo yang sedang menghadapi tuduhan cubaan merogol teman wanitanya dilaporkan telah mengambil ujian pengesan penipuan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Soompi melaporkan Sang Moo membuat ujian berkenaan dia Balai Polis Gangnam, Seoul pada 15 Jun lalu dan ia turut disahkan oleh pihak penyiasat kes berkenaan.

"Benar kami telah menjalankan ujian pengesan penipuan terhadap Sang Moo dan keputusannya pun telah kami perolehi.

"Bagaimanapun ia tidak boleh didedahkan buat masa ini kerana ia masih belum dimaklumkan kepada tertuduh," katanya.

Laporan berita pula menyebut keputusan ujian berkenaan memperlihatkan Sang Moo bercakap benar dan tidak pernah cuba merogol teman wanitanya yang dikenali sebagai A.

Wanita itu dilaporkan menelefon polis pada pukul 3 pagi memberitahu Sang Moo cuba merogolnya ketika mereka berada di sebuah hotel di Gangnam, Seoul pada 18 Mei lalu.

Malah A ke sebuah hospital selepas membuat aduan itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Bagaimanapun wanita berkenaan sekali lagi menelefon polis pada 8.30 pagi hari sama untuk menarik balik dakwaan dibuat terhadap Sang Moo.

Pihak polis dilaporkan telah memanggil wanita itu untuk memberi keterangan pada 31 Mei lalu meskipun dia menarik balik laporan dibuat terhadap pelakon itu.

Sementara itu, A menyangkal dakwaan dia mempunyai hubungan cinta dengan pelawak itu selain memberitahu mereka hanya bertemu beberapa kali sebelum ini.

Pun begitu, Sang Moo telah menyerahkan bukti termasuk perbualan mesej di telefon bersama A sebagai bukti wanita berkenaan adalah teman wanitanya.

Tags / Kata Kunci: Yoo Sang Moo

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan