'Descendants of the Sun' & 'Signal' Menang Besar di Anugerah Baeksang 2016

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 12:30 AM

Song Hye Kyo dan Song Joong Ki ketika melalui red karpet pada Anugerah Baeksang 2016.

(Ubah saiz teks)

DRAMA bersiri popular Descendants of the Sun mengungguli senarai pemenang Anugerah Baeksang Arts 2016 termasuk merangkul trofi kategori utama iaitu Grand Awards.

Manakala pelakon utamanya Song Joong Ki dan Song Hye Kyo turut diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Popular.

Mereka juga dipilih sebagai penerima trofi Bintang Global Wanita dan Lelaki Popular pada acara yang diadakan di Grand Peace, Korea pada malam Jumaat lalu.

Bagaimanapun bagi kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik ia dimiliki oleh Yoo Ah In menerusi lakonannya dalam Six Flying Dragons dan Kim Hye Soo (Signal).

Pelakon Baru Lelaki dan Wanita Terbaik pula milik Ryu Jun Yeol (Reply 1988) dan Kim Go Eun (Cheese in the Trap).

Dalam pada itu, bagi kategori Drama TV Terbaik memperlihatkan Signal berjaya mengalahkan calon kegemaran iaitu Descendants of the Sun selain turut merangkul trofi Skrip Terbaik.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan