Gambar Pasport Song Joong Ki Tersebar

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 12:30 AM

Song Joong Ki mengecap populariti selepas muncul dalam drama bersiri The Descendants of the Sun.

(Ubah saiz teks)

GAMBAR pasport milik pelakon Song Joong Ki dilaporkan tersebar menerusi sebuah laman web di China baru-baru ini.

Soompi melaporkan gambar berkenaan dipercayai diambil secara rahsia oleh pegawai kastam ketika memeriksa pasport pelakon itu ketika dia berada di sebuah lapangan terbang di negara berkenaan.

Sebelum ini, Joong Ki juga menjadi mangsa fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang memuat naik sijil perkahwinan palsu kononnya milik pelakon drama bersiri The Descendants of the Sun itu.

Gambar pasport milik Joong Ki yang tersebar dipercayai diambil oleh seorang kakitangan kastam yang bertugas di lapangan terbang.

"Ini adalah harga yang perlu dia bayar kerana kemasyhuran dikecapinya kerana akan ada sahaja orang yang cuba mengorek semua kisah peribadinya.

"Gambar pasportnya yang tersebar bukanlah sesuatu yang mengejutkan sebenarnya," kata salah seorang peminatnya.

Joong Ki kini sedang dalam siri jelajah bertemu dengan peminatnya di negara Asia dan dijangka akan berada di lokasi seperti Guangzhou, Shanghai, Hong Kong, Chengdu dan Taipei.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan