Ha Jung Woo Minta Bukti Bercinta Dengan Kim Yuna

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 12:30 AM

Pelakon Ha Jung Woo menyangkal dakwaan sedang bercinta dengan atlet olimpik Kim Yuna.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Ha Jung Woo menyangkal dakwaan kononnya dia kini sedang bercinta dengan atlet Kim Yuna.

Jung Woo berkata, dia sendiri terkejut dengan gosip berkenaan malah meminta pihak yang menyebarkan perkara itu tampil membuktikan dia dan Kim mempunyai hubungan.

"Saya banyak menerima pertanyaan sama ada benar kami sedang bercinta. Jujurnya saya terkejut kerana tidak pernah bertemu dengan Kim Yuna apatah lagi bercinta.

Atlet Olimpik Kim Yuna.

"Saya tidak tahu bagaimana ingin membuktikan perkara itu melainkan pihak yang mendakwa mengemukakan bukti," katanya seperti dilaporkan Soompi.

Terdahulu, Jung Woo dan Kim dilihat memegang tangan dan berkongsi payung ketika berjalan dalam hujan sekitar akhir Mac lalu ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Jung Woo berkata, dakwaan berkenaan nyata palsu kerana ketika itu dia berada di Hawaii dan hanya pulang ke Korea pada 7 April.

"Anda boleh semak rekod pelepasan dan ketibaan saya kerana tiada apa yang ingin saya sorok," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ha Jung Woo , Kim Yuna

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan